Header AD

kedaipheromone

Sebab Angelina Jordan Aku Minat Lagu Jazz

lagu jazz memang tak ramai yang minat,
termasuk aku,
tapi lepas tengok satu episod "The Little Big Shot" ni,
aku rasa macam dah syok kat suara dia,
kiut miut orangnyer
suka tengok dia senyum dengan gigi arnab dia tu.
angelina jordan
Angelina Jordan 
baru berusia 10 tahun,
Angelina Jordan punya suara bagi aku memang unik,
jauh beza dengan talent-talent yang ada kat Ceria Popstar tu,
sorry to say but its a fact.

dia memang minat lagu jazz,
dan dia lahir dari rancangan realiti Got Talent Norway,
sepanjang pertandingan dia bawakan lagu jazz,
kalau cari kat youtube ada beberapa perfomance dia,
memang menangis kot dengar,
lagu jazz ni memang susah kita nak minat,
tapi kalau dah suara unik memang boleh masuk selera,
Angelina Jordan berbakat jugak dalam gubah lagu,
dan yang paling ku respect bila dia buat perfomance memang dia feel habis lagu yang dibawa,

yang terbaru dia baru je gubah lagu Amy Winehouse,
lagu "Back To Black" ni memang tangkap jiwa bila dengar,
angelina jordan
Back To Black - Angelina Jordan
boleh tengok kat youtube/Angelina Jordan - Back To Black,
dah dengar boleh komen kat sini,
aku comfirm ramai yang kagum dengan suara dia.
dah dengar lagu tu boleh pulak dengar dia nyanyi lagu "bang bang"
rasa nak dengar banyak kali je,
dan sebab suara dan feel dia tu aku dah minat lagu-lagu jazz ni.
semoga terhibur dengan apa yang aku kongsikan.
Sebab Angelina Jordan Aku Minat Lagu Jazz Sebab Angelina Jordan Aku Minat Lagu Jazz Reviewed by Shark Kay on Sunday, May 22, 2016 Rating: 5

No comments