Header AD

kedaipheromone

Elizabeth Tan Punya Pasal

tertewas jugak aku dengan drama terbaru kat Astro Ria sekarang...My Darling Inspektor Daniel...kalau sebelum ni memang susah nak layan cerita-cerita cinta abang bomba,encik pilot,encik photography yang bagi aku skrip dan jalan cerita yang sama jer...tapi cerita inspektor kali ni aku rasa lain macam sikit sebab ada Elizabeth Tan.
my darling inspektor daniel
kawaiiii~Elizabeth Tan
ye betullll...aku tengok drama My Darling Inspektor Daniel sebab ada Elizabeth Tan jer...kalau lakonan orang lain memang aku tak layan...kalau bagi Nora Danish berlakon tu masih boleh dipertimbangkan kot..hehehe..

orang lelaki biasalar..mana nak layan sangat drama-drama melayu ni...kitaorang tak heran ler dengan hero sado...apatah lagi nak pandang hero kayu...pemilihan heroin tu paling penting...pilih pun bukan sebarang pilih...bakat jatuh nombor dua...nombor satu kena tengok rupa dan status pelakon tersebut..kalau janda dan single memang comfirm ler boleh laris..hahahahah..

dalam kes ni Elizabeth Tan memang win ler...tak sangka pulak amoi ni berbakat dalam lakonan...mata dia tu comel bangat...cair tengok tiap-tiap malam...suara dia tu boleh tahan seksi jugak...haishhh..ini kalau cerita lebih-lebih mau meluat geng perempuan baca...heheh...tapi memang aku respect lakonan beliau dalam drama ni...menjadi.

tak kenal Elizabeth Tan?
nak kena sekeh kalau ada yang tak kenal.
tapi tak apa...aku pernah cerita pasal amoi ni dalam entry sebelum ni...punya ler minat sampai aku tulis buat kenangan dalam blog aku..boleh tengok kat entry tahun 2016 Aku Minat Elizabeth Tan Pulak...banyak gambar comel dia kat situ.

bersyukurlah pengarah Aziz M.Osman sebab ambil Elizabeth Tan berlakon dalam drama My Darling Inspektor Daniel.

Elizabeth Tan Punya Pasal Elizabeth Tan Punya Pasal Reviewed by Shark Kay on Monday, August 07, 2017 Rating: 5

3 comments

  1. PC sekali pun belum ikuti MDID ni..mungkin boleh tengok lepas ni.

    ReplyDelete
  2. amboi shark beralih arah sjak sari yanti kahwin ni..haha

    ReplyDelete
  3. Aziz M. Osman yang direct drama ni. Mesti menarik. :D

    ReplyDelete