Header AD

kedaipheromone

Karya Terakhir Kartunis Lengkuas

Terima Kasih dan Selamat Tinggal...penuh bermakna , penuh emosi cover majalah Bekazon untuk bulan Oktober kali ni...semuanya untuk tribute buat arwah kartunis Lengkuas dan kartun popularnya , Mat Despatch yang telah meninggal dunia pada 11 Ogos yang lalu akibat kompilasi darah tinggi dan buah pinggang.

kartunis lengkuas
cover majalah bekazon edisi tribute kartunis lengkuas

lepas ni dah tak ada lagi cerita Mat Despatch...dah tak ada lagi lawak dua ringgit..satu kehilangan jugak ler buat peminat peminat kartun tempatan walaupun zaman bebudak sekarang dah kurang membaca.

dalam edisi special ni , ada satu karya terakhir yang dapat disiapkan oleh Allahyarham Lengkuas...aku rasa cukup bertuah jugak ler dapat beli dan simpan untuk kenangan...selain tu terdapat jugak beberapa kartunis buat kartun tribute to lengkuas..
aku kongsikan sedikit isi dalam majalah bekazon edisi tribute to lengkuas.

kartunis lengkuas
karya terakhir , lawak terakhir

kartunis lengkuas
karya lambok 

mat despatch lengkuas
tribute dari kartunis
tribute kartunis lengkuas
karya Nik Ali Davidson

dan yang paling aku terkesan sekali bila dapat edisi ni ialah bila tengok cover belakang...sentap tengok...sekeping gambar kenangan untuk kesemua watak dalam Mat Despatch..memang terasa ini adalah kali terakhir mereka muncul dalam dunia kartun tempatan...touching woo tengok gambar last ni.

mat despatch kartunis lengkuas
cover belakang majalah bekazon edisi tribute kartunis lengkuas

bagi yang dah lama tak follow kartun-kartun tempatan boleh ler beli edisi special bekazon untuk bulan ini...maklumat lanjut pasal majalah bekazon pernah aku ceritakan dulu kat entry Kartunis Ujang Dalam Bekazon.

tak menyesal beli edisi kali ini.
Karya Terakhir Kartunis Lengkuas Karya Terakhir Kartunis Lengkuas Reviewed by Shark Kay on Wednesday, October 04, 2017 Rating: 5

1 comment

  1. Sedih bhai...lepas nie dah xda mat despatch lagi...huhuhu..membesar dengan majalah2 ujang dan gila-gila

    ReplyDelete