Header AD

kedaipheromone

Umur 20 Dah Jadi Pemandu F1

masih belum terlambat untuk aku share pasal F1nale semalam..perlumbaan terakhir Formula 1 di Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia..pelumba dari belanda , Max Verstappen adalah juara terakhir GP Malaysia.

perlumbaan terakhir F1 malaysia
F1 terakhir Malaysia
kemenangan bermakna jugak buat Verstappen semalam..sebab sehari sebelum tu adalah hari lahir beliau yang ke-20...rezeki birthday boy katanya...

umur  baru 20 dah boleh jadi pemandu profesional Formula 1...memang terasa jeles aku dengan dia kat situ...aku waktu umur 20 masih terkial-kial dengan study...masih lagi mak ayah tanggung time tu...dia dengan gaji sebagai pemandu F1 rasanya dah boleh sara keluarga sendiri dan mak ayah sekali...nak kahwin pyn no hal lah...umur 20 dah dapat gaji sekitar 30juta USD..kalau dalam Malaysia tu dah boleh dapat title datuk dah dengan gaji sebanyak tu.

max verstappen
pemandu termuda dalam arena F1

rezeki dia kan..saper ler aku nak pertikaikan...dia mula masuk F1 pada tahun 2015..waktu tu umur dia 17 tahun dan mencipta sejarah dalam areana Formula 1 sebagai pemandu termuda dalam sukan F1...kalah Alex Young yang masuk F1 ketika umur 25 tahun..

lepas ni dah tak ada dah perlumbaan Formula 1 di Malaysia..sedih?
tidak bagi aku...kalau dah babitkan kerugian negara buat apa nak feeling-feeling...tambahan aku memang tak follow up pasal F1 ni..race yang bosan bagi aku..kalau kereta saper kat depan waktu pusingan awal memang susah dah nak pintas..tak macam MOTOGP...kalau motogp last race kat sepang baru aku sedih..die hard fan motogp jugak aku ni.

litar sepang malaysia
litar antarabangsa sepang
f1 2017 malaysia
F1nale sepang

bersyukurlah F1 malaysia dah berhenti..
kalau tidak kita jugak yang kena bayar caj tersembunyi disebalik kerugian penganjuran F1.
hehehehe .
Umur 20 Dah Jadi Pemandu F1 Umur 20 Dah Jadi Pemandu F1 Reviewed by Shark Kay on Monday, October 02, 2017 Rating: 5

4 comments

  1. Oh kisahnya...elok la dihentikan..banyak rugi dari untung kan...

    ReplyDelete
  2. If xsalah Bro, dia start memandu F1 masa umur 16 tahun, then benda ini jadi isu... Lagi satu.. tgk la siapa bapak dia

    ReplyDelete
  3. Betul lah, tak rugi pun dihentikan formula 1 kat negara kita, banyak rugi dari menguntungkan negara

    ReplyDelete
  4. Kalau anak jutawan memang mampu lah nak main formula 1 nih, kos sangat tinggi

    ReplyDelete