Header AD

kedaipheromone

Layan Thor Ragnarok Di Big Screen MBO Kuantan

lewat sikit aku tengok Thor berbanding orang lain...kebetulan semalam masa agak free jadi boleh ler layan...layan pulak kat panggung yang baru dibuka kat Kuantan ni,MBO Kuantan City Mall dalam shopping mall yang juga baru dibuka kat kuantan ni , Kuantan City Mall (KCM)...tak perasan pulak semalam hari rabu jadi tiket murah sikit daripada hari biasa.

mbo kuantan city mall
MBO Kuantan City Mall

aku amik big screen hall..katanya ni special hall berbanding yang lain...skrin dia besar daripada pangung biasa dan sistem audio dia dilengkapi dengan Dolby Atmos...masuk-masuk je hall ni semalam memang benda pertama yang aku kagun skrin dia...memang besar seperti dalam iklan..besar daripada mana-mana skrin yang pernah aku masuk..syok woo layan..dapat pulk tengok filem-filem aksi macam Thor Ragnarok ni memang puas hati ler.

big screen MBO
big screen MBO
big screen MBO
puas hati tengok skrin besar

overall movie Thor kali ni puas hati layan..nak kata aku minat watak Thor tak jugak...tapi watak Hulk yang menarik minat aku nak tengok filem ni...kalau nak harapkan watak Thor sorang memang aku tak pergi tengok kot.

plot cerita agak ringan tapi menarik...tak sangka pulak aku Thor ada kakak , tukul Thor yang power tu boleh hancur , kemudian Thor ada kuasa baru pulak , macam mana Hulk boleh ada kat planet Thor , semuanya diceritakan dengan baik dan simple...efek CGI memang takyah cakap..dah nama pun hollywood.

penuh jugak dengan aksi dan dialog lawak dari awal sampai habis...aksi lawan-lawan tak banyak mana pun...mungkin  ini trend terbaru director nak tarik penonton...mudah untuk orang yang bukan die hard fan Marvel follow jalan cerita...kalau bawak anak-anak pun boleh sebab tak ada aksi 18PL.

yang masih was-was nak tengok tu aku boleh ler rekemen pergi tengok...tak mengantuk layan walaupun bukan peminat tegar watak komik...9/10 boleh ler kot aku bagi..

next aku nak tunggu movie The Pasific Rim dan Justice League pulak..tengok trailer kat big screen macam gempak.

Layan Thor Ragnarok Di Big Screen MBO Kuantan Layan Thor Ragnarok Di Big Screen MBO Kuantan Reviewed by Shark Kay on Thursday, November 02, 2017 Rating: 5

2 comments