12 Things To Do Kalau Aku Ke Melaka

Things to do in Melaka?
Rasanya agak banyak bucket list yang perlu dibuat kalau nak bercuti ke Melaka...Sehari memang tak cukup puas kalau nak pusing satu bandaraya bersejarah ni...Jadi aku senaraikan 12 tempat menarik secara peribadi aku nak terjah kalau dah sampai ke Melaka nanti...Cuti Raya Tahun Baru Cina pun dah tak lama kan..Jadi boleh ler buat plan awal kalau nak ke Melaka.

thing to do in melaka
World Heritage City | gambar : wegowithanuar

Melaka diisytihar sebagai Taman Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2008...Nak dapat title tu bukan calang-calang ye...Dan bukan saja-saja dapat gelaran UNESCO World Heritage City.


1) Melaka River Cruise
Pekara pertama bila sampai kat Melaka ni aku nak kena ambil tour Melaka River Cruise...Pusing bandar Melaka dengan menyusuri Sungai Melaka memang satu kelainan ler kat sini...Untuk satu tour tak silap dalam 45minit..Sepanjang tour tu boleh tengok ler bangunan-bangunan lama dan unik yang masih dijaga..boleh tengok jugak mural-mural yang diconteng begitu cantik di setengah bangunan..kalau tour waktu malam memang cantik dengan cahaya lampu di sepanjang 6KM Sungai Melaka.

things to do in melaka
menyusuri sungai melaka | gambar : Hasif Hamsyari

2) The Shore Sky Tower Melaka
Katanya inilah tempat view yang menarik kalau nk tengok Bandar Melaka dari tempat tinggi..

thing to do in melaka
the shore sky tower

thing to do in melaka
waktu malam the shore sky tower

The Shore Sky Tower ni terletak di tingkat atas bangunan paling tinggi di Melaka..kalau tak silap 42 tingkat...Tertarik jugak tengok dia punya tempat...Luas dan ada lantai berkaca..Gayat tu mesti ada punya lah..tapi kalau dh dapat pemandangan 360 darjah kat sini memang berbaloi...Dibuka dari pagi sampai ke malam..Boleh pilih nak tengok view siang atau malam.

3) Masjid Selat Melaka
Kat Melaka pun ada jugak masjid terapung..rekaan masjid ini menyamai rekaan masjid terapung di Jeddah,Arab Saudi.

thing to do in melaka
Masjid Selat Melaka | gambar : KhalidVision

Menara setinggi 30 meter kat pintu gerbang masjid ni ada fungsi jugak tau..Bukan untuk melaungkan azan saja,tapi dibuat sebagai rumah api jugak untuk panduan kapal yang melalu selat Melaka.
kalau nak datang sini kena datang waktu maghrib dan malam...Panorama kawasan masjid ni memang cukup cantik pada waktu malam...standby kamera kalau datang sini.

4&5) The Stadthuys & A Famosa
Kalau pergi Melaka tak singgah kat The Stadthuys dan Kota A famosa maknanya korang belum sampai lagi ke Melaka sebenarnya...kalau google Melaka pun gambar ini yang akan keluar.

thing to do in melaka
The Stadthuys | gambar : NazrulHadHashim
thing to do in melaka
A Famosa | gambar: Juniechan

Tempat paling sibuk  dengan pelancong dan ramai adalah disini..wajib katanya posing kat sini..Kedua-dua tempat ada sejarah tersendiri...The Stadthuys dulu adalah penempatan rasmi gabenor Belanda..masih lagi cantik dan dipelihara sejak dibina pada tahun 1650.
Kota A Famosa pulak tak payah ler aku nak ungkit..masing-masing dah belajar sejarah dulu..Aku masih ingat lagi zaman sekolah rendah..kat sinilah tempat favourite pihak sekolah kalau buat lawatan sambil belajar.

6) Padang Pasir Klebang
Kalau nak merasa feel suasana desert atau padang pasir kat arab tu boleh singgah kat sini..Kalau rasa nak fotoshoot wedding kat sini pun boleh..perasan jugak ler kat timeline facebook ada beberapa pasangan ambil tempat ni sebagai post wedding mereka.

thing to do in melaka
padang pasir klebang | gambar : TianChad

Cantik memang cantik...entah macam mana boleh ada padang pasir kat sini pun aku tak tahu...cuaca molek dengan langit biru memang rugi ler tak bergambar...datang sini semata-semata nak posing berbaloi ker?
hehehehe..selera masing-masing.

7) Coconut Shake Klebang
Satu lagi tarikan di Klebang Melaka ni...panas-panas main kat padang pasir tadi boleh singgah minum Coconut Shake yang viral tu...jangan pula salah pilih kedai..katanya sekarang dah banyak nama Cocout Shake Klebang...nak yang viral tu kena cari Coconut Shake Klebang Original..ini kedai yang betul.

thing to do in melaka
klebang original | gambar : JessyToh

thing to do in melaka
coconut shake klebang original | gambar : JessyToh

Tak berapa pasti ler sesedap mana coconut shake kat sini..artis pun rasanya selalu jugak tengok lepak minum sini..kalau dah sampai Melaka apa salahnya mencuba kan...yang special baru RM2.50...berbaloi sangat nk mencuba...Tapi katanya beratur boleh tahan panjang jugak...Orang kata kalau tak beratur tak feel ler nak minum coconut shake viral.hahaha.

8)Chicken Rice Ball Chung Wah
Kalau bab makan kat Melaka ni cukup banyak pilihan yang ada...Chung Wah Chicken Rice Ball pasti kena rasa...special nasi ayam dia sebab dia berbentuk bulat..dan jangan terkejut ler kalau tengok orang ramai beratur kat kedai ni..memang selalu penuh terutama hujung minggu.

things to do in melaka
chung wah chicken rice ball | gambar : suanie

9)Asam Laksa Nyonya Jonker 88
Jonker 88 jangan lupa...Kat sini ada makanan warisan yang tak ada kat tempat lain..nak rasa masakan resipi Baba Nyonya memang kat sini tempat dia...Asam Laksa Nyonya dan Baba Durian Ais Kacang wajib kena rasa...terbaik.,,kedai kecik jer...tapi interior dalaman klasik...Tengok pada gambar macam was-was pulak aku nak try...tapi ada sahabat pernah makan kat sini dan katanya sini semuanya Halal...Alhamdulillah ler kalau macam tu.

thing to do in melaka
Jonker 88 | gambar : misstamchiak

10&11) Majestic Hotel & Philea Resort Spa
Nak menginap kat Melaka rasanya bukan satu masalah besar...Kat sini banyak pilihan hotel yang ada dan unik...Ada yang jadikan bangunan lama sebagai hotel seperti Majestic Hotel Melaka..Interior dalaman hotel ni memang klasik..ala english style..Tak terasa menginap di Malaysia dah kalau dapat chek in kat sini.
Kalau nk unik sikit boleh menginap di Philea Resost and Spa Melaka..kat resort ni memang terkenal dengan suasana hutan dan alam fauna...Berbeza dengan Majestic Hotel , kat sini pula dah rasa macam tidur dalam hutan...Dekorasi penuh dengan kayu dan buluh..pengalaman yang tak akan dilupakan kalau menginap kat sini.

thing to do in melaka
Majestic Hotel Melaka
things to do in melaka
Philea Resort & Spa Melaka

12) Masbro Village Melaka
Ada yang garu kepala ke tengok harga hotel tadi...hehehe..tempat high class memang begitulah...Kalau rasa nak harga murah tapi suasana unik seperti di Australia boleh ke Masbro Village Boutique Homestay.
thing to do in melaka
Masbro Village | gambar : Masbro Village

Satu rumah boleh tempatkan 6 orang...rumah memang cantik..simple , minimalist dan yang paling menyerlah sekali semestinya warna setiap rumah...Dah macam taman permainan dah tengok..Siap ada kolam renang lagi...Aku pernah tengok homestay ni kat satu rancangan TV...dan kalau jadi pergi Melaka inilah tempat pertama aku nak booking.

Cukup dua belas tempat menarik Things To Do In Melaka untuk panduan semua...Kalau boleh nak jer aku senaraikan lagi...Begitu banyak tempat menarik di Melaka..tapi kalau fikir pasal masa dan kos aku rasa dua belas tempat ni sudah cukup...Ada bajet lebih ada lebih masa kita pusing satu melaka nanti.

Jauh sangat melaka?
Korang boleh check banyak lagi tempat-tempat menarik di Malaysia dekat page
Traveloka/Unseen Infographic Malaysia
Manfaatkan cuti yang ada bersama keluarga.

Selamat bercuti dan diharapkan tempat-tempat yang aku tulis ni masih lagi wujud dan masih kekalkan rasa makanan yang ada.


12 Things To Do Kalau Aku Ke Melaka 12 Things To Do Kalau Aku Ke Melaka Reviewed by Shark Kay on Monday, January 29, 2018 Rating: 5

21 comments

  1. bgs entri ni. leh rujuk klu g mlka

    ReplyDelete
  2. Smalam baru je ke Melaka...Wonderland Theme Park cam dah nak tutup je...bolehla.....huhuhu

    ReplyDelete
  3. Wowww bestnya Melaka..byk tempat2 menarik.

    ReplyDelete
  4. Kak nina pun plan nak gi melaka nanti

    ReplyDelete
  5. Kat Melaka macam-macam ada. Tapi tak tahan jammed dia.

    ReplyDelete
  6. Kak Ti suka gi Melaka.. Tapi jarang-jarang dapat kesempatan utk lawat Melaka.. Lepas ni kalau nak pg.. bolehla rujuk entry shah ni..

    ReplyDelete
  7. Tak pernah jemu melawat melaka mmg best2

    ReplyDelete
  8. Wahh dah semakin banyak produk-produk pelancongan baru kat Melaka. Terima kasih info

    ReplyDelete
  9. Boleh pergi jejalan cuti nie ke Melaka. Thank you sebab kongsikan tempat menarik di Melaka.

    ReplyDelete
  10. Melaka best...akak tiap2 tahun turun Melaka...x tahu kenapa Melaka x pernah jemu hehehe

    ReplyDelete
  11. asben side org melaka ni haa.. pun byk tempat tak tau .. tq shark

    ReplyDelete
  12. wah banyak tempat best melaka, bercuti sehari pun tak cukup ni nak round semua tempat best

    ReplyDelete
  13. tak sempat jalan2 sgt kt melaka sejak kahwin dengan orang melaka, bila dah kahwin tak ada tuju tempat lain dah melainkan rumah mertua. XD

    ReplyDelete
  14. Banyak tempat menarik dekat Melaka ni..nanti nak bercuti boleh la tengok entri ni

    ReplyDelete
  15. Akak memang suka pi melaka, syok bawak anak anak ke sana sbb banyak benda boleh buat.

    ReplyDelete
  16. Nak g melaka lagikk , satu benda lagi wajib beli cencaluk hahah

    ReplyDelete
  17. dah lama tak pegi melaka,tengok entri ni,rasa macam nak pegi hari ni je,hahaha..Chiken Rice Ball tu nampak menarik la.

    ReplyDelete
  18. Suka pergi Melaka, best. The Shore Sky Tower tu tak pernah naik lagi, nanti kalau pergi Melaka lagi nak naiklah.

    ReplyDelete
  19. rindunya melaka.. sekarang dah banyak tempat tempat makan menarik disana ya.Punya lama ina tak p sana.. btw,tq bagi tips ini ya.

    ReplyDelete
  20. memang best kalau pergi melaka macam2x ada tapi yang tak bestnya adalah jemm teruk kat sana. haha

    ReplyDelete