Sejarah Baru MotoGP Malaysia 2018?

Tak sabar pulak aku nk tunggu perlumbaan MotoGP musim 2018 kali ni...Kalau tak silap bulan Mac dah start race setelah tiga bulan rider berehat...Mungkin kita dapat lihat satu lagi sejarah akan tercipta dalam arena perlumbaan MotoGP Malaysia 2018.

Kredit pada team SIC Racing Team atas usaha mereka membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa mealui perlumbaan MotoGP...Baru-baru ni dah berlangsung 2 majlis memperkenalkan jentera dan rider yang akan mewakili Malaysia untuk MotoGP musim 2018.

MotoGP malaysia 2018
Petronas Sprinta Racing

motoGP Malaysia 2018
Adam Norodin bersama Ayumu Sasaki

Sama seperti musim lalu,untuk Moto3 kita ada Adam Norodin yang akan mewakili pasukan Petronas Sprinta Racing...Adam akan berganding bersama dengan rider dari Jepun,Ayumu Sasaki.
Tertarik aku tengok motor Petronas Sprinta Yamaha kali ni...smart betul warna hitam dan hijau Yamaha tu...Harap-harap menjadi lah kali ini perfomance Adam berbanding musim lalu.

motoGP Malaysia 2018
Zulfahmi dengan SIC Racing Team
motoGP Malaysia 2018
khairuk Idham Pawi bersama Idemetsu Honda

Untuk Moto2 ada sedikit kejutan...Zulfahmi Khairuddin muncul semula dalam MotoGP 2018 dan kali ini bertanding dalam kategori Moto2..Untuk rekod Fahmi merupakan merupakan pelumba Moto3 Pada tahun 2010 hingga 2015...Kemudian dia keluar dan join Kejuaraan Superbike Dunia (WBK) selama 2 musim ( 2016-2017).

Untuk kategori Moto2 kita ada dua penunggang Malaysia...Memang best ler tengok nanti..Zulfahmi akan bawa jentera SIC Racing Team dan seorang lagi rider Malaysia , Khairul Idham Pawi akan bawa jentera Idemitsu Honda Asia Team.

motoGP Malaysia 2018
Hafiz Syahrin 
motoGP Malaysia 2018
Hafiz bersama Yamaha Tech3

Macam yang aku cakap awal-awal tadi..kemungkinan untuk MotoGP musim 2018 nanti kita akan ada satu lagi sejarah...Pelumba Moto2 negara musim lalu , Hafiz Syahrin berkemungkinan akan bertanding dalam kategori MotoGP...pelumba negara pertama yang akan bertanding bersama sama dengan juara dunia Rossi,Lorenzo,Marquesz.

Hafiz sekarang berada di Thailand untuk sesi ujian dari Team Monster  Yamaha Tech3..Kalau pefomance cantik memang jadi sejarah dan rezeki ler untuk Hafiz..Kalau tak cantik pun aku rasa tetap dia akan jadi rider Team Yamaha Tech3 sebab untuk moto2 dia takder lagi sign mana-mana pasukan untuk Moto2 padahal sebulan je lagi ni untuk MotoGP 2018 start.

Mungkin hujung minggu ni kita akan tahu result...Harap-harap ada ler sejarah tercipta...Sekaran Malaysia dah ada 4 orang rider untuk MotoGP 2018...Mengharap jugak ada lebih banyak podiun untuk musim 2018..
Gud Luck semua rider Malaysia.
Sejarah Baru MotoGP Malaysia 2018? Sejarah Baru MotoGP Malaysia 2018? Reviewed by Shark Kay on Friday, February 16, 2018 Rating: 5

2 comments

  1. Ye, sama-sama kita beri sokongan, nak lagi orang kampung aku Khairul idham pawi@ superkips. Mintak tuan admin, cari cerita rider kita, namanya Ahmad Fuad baharudin yang kemalangan teruk pada awal tahun lepas. Apa ceritanya yang terkini? terus sepi je...

    ReplyDelete