Yamaha NVX 155 Sold Out

Dengar-dengar cerita model terbaru scooter Yamaha NVX 155 dah banyak sold out kat kedai  terutama area KL...Aku ada perasan baru-baru ni banyak jugak muncul scooter NVX ni kat timeline FB masa Raya Cina..Semua pakat beli duit bonus kot.

yamaha nvx 155 malaysia
Scooter Yamaha NVX 155

Aku pun ada jugak hajat nak beli sebijik scooter NVX  sebelum ni..tapi disebabkan ada beberapa lagi kometmen kena tanggung terpaksalah dipendamkan sahaja niat itu..Dah lama rasanya model scooter tak masuk pasaran Malaysia..Kalau masuk pun jenis yang cc rendah dengan model yang comel..

Yamah NVX 155 Malaysia
sporty look Yamaha NvX 155

yamaha nvx 155 malaysia
NVX 155

Model Yamaha NVX 155 yang masuk sekitar bulan Julan tahun lepas ni memang cantik..nampak garang...Enjin pun besar dengan cc 155..siap ada ABS lagi..Paparan meter digital dan motor ni pakai remote macam kereta..heheh...canggih woo..Nak start dah tak pakai kunci dah sekarang...Ada slot kunci khas untuk model NVX ni.

yamaha nvx 155 malaysia
panel meter digital

yamaha nvx 155 malaysia
kunci NVX 155

Harga pula sekitar RM12ribu atau 13ribu..lain kedai lain harga..Dan kalau nak ansuran kena downpayment sekitar RM6ribu ke RM8ribu..Sama harga untuk sebuah kereta kancil.

Pilihan warna kalau tak silap ada 3...Merah,hitam dan biru...Tapi yang banyak atas jalan aku tengok setakat ni warna biru..Memang cantik warna dia dengan body macam tu...Kalau warna hitam tak nampak sangat body NVX 155 ni.

Yamaha nvx 155 malaysia
Yamaha NVX 

Yamaha nvx 155 malaysia
Yamaha NVX

Berbaloi?
Semestinya bagi aku.
Kalau tak berbaloi macam mana scooter Yamaha NVX ni boleh sold out di sekitar KL..kalau tak silap ada jugak le beberapa tempat di negeri lain pun susah nak dapat model ni.

Bagi yang berminat tu boleh ler risik-risik kat kedai kalau ada..Scooter cc besar ni bagi aku cukup berbaloi ler dengan harga...Nak jalan jauh pun sedap..Yamaha NVX 155 setakat ni paling cantik model scooter yang ada di pasaran.

p/s : sumber gambar dari Pandu Uji NVX 155 Paultan

Yamaha NVX 155 Sold Out Yamaha NVX 155 Sold Out Reviewed by Shark Kay on Wednesday, February 21, 2018 Rating: 5

1 comment

  1. Berkenan juga dengan skuter ni, maklumlah tak pandai bawa motor manual..hehe
    Tapi hajat tu tolak tepi dulu sebab tak sanggup dah nak tambah hutang, kasi selesai dulu yang sedia ada.

    ReplyDelete