Menarik Di Bayou Lagoon Park Resort

Cuti sekolah seminggu baru je habis...harini masing-masing kembali jalani rutin harian yang biasa...kemana destinasi cuti masing-masing baru ni yer...Kalau bukak facebook last week memang macam-macam tempat boleh tengok masing-masing pergi bercuti bersama keluarga...Tapi ada tak yang ke Bayou Lagoon Park Resort di Melaka.

bayou lagoon park resort
bayou lagoon park resort

Tertarik sungguh aku tengok resort ni..Bukan sekadar resort biasa tapi siap ada taman tema dia yang tersendiri...Macam tak percaya resort ni ada Waterpark,ada 9D teater,ada game arcade,ada bumper car dan jugak mini roller coaster...Dah macam funfair pulak kan..Semuanya didalam satu kawasan di Bayou Lagoon Park Resort.

Aku pun tak tahu ada jugak resort yang mempunyai taman tema tersendiri...Terjumpa resort nie pun sebab rakan facebook ada bercuti kat sini cuti sekolah baru ni...Puas hati katanya bawak family kat sini..Tengok gambar yang dia share di facebook memang menarik dan aku gigih jugak cari nama resort ni dan jumpa kat facebook.

bayou lagoon park resort
pool
bayou lagoon park resort
bumper car
bayou lagoon park resort
mini roller coaster

Waterpark Bayou Lagoon Park Resort ni boleh tahan menarik jugak aku tengok...Ada banyak atrraction tempat mandi yang menarik dan unik...Waterpark ni dibuka juga untuk orang awam dengan kadar bayaran tertentu..Dan untuk pengunjung yang chek-in kat resort ni rasanya dah termasuk sekali dengan bayaran harga bilik.

Yang paling jadi tumpuan semestinya Rainbow Pool yang terletak di tengah-tengah bangunan resort ni..macam best je gelongsor dia buat tu...kat bahagian tepi pulak ada Blue Tower Slide...Yang ni rasanya bukan kanak-kanak je excited nak naik...Bapak budak pun teringin nak rasa gelongsor air macam tu..Ada jugak disediakan tempat mandi untuk kanak-kanak sahaja.

bayou lagoon park resort
Blue Tower Slide
bayou lagoon park resort
Rianbow Pool
bayou lagoon park resort
pool kanak-kanak

Tak payah dah nak jalan jauh-jauh bawak anak..tak payah dah penat cari parking kalau nak pergi waterpark...chek-in jer bilik kat Bayou Lagoon Park Resort turun bawah terus terjun kolam..Dapat pulak bilik yang view menghadap waterpark memang terbaik..Dah letih mandi-mandi naik bilik terus tidur.

Kat sini katanya ada lebih kurang 506 bilik...Boleh tahan besar jugak ler resort dia dengan keluasan tempat reksreasi yang ada..Tengok gambar waterpark dan bilik dia rasa macam tak sabar pulak aku nak merasai sendiri stay kat Bayou Lagoon Park Resort ni.

bayou lagoon park resort
view dari bilik menghadap pool

Bilik-bilik yang ada pun kalau tengok memang high class dan cantik...Luas dan dekorasi dalam bilik cukup minimalis cukup simple...Kalau tak silap ada tiga jenis bilik iaitu 2 bedroom apartment, 3 bedroom apartment dan Studio Room...Setiap bilik disediakan bilik mandi jakuzi...heheheh. menarik tak bunyi dia..

Yang datang nak honeymoon boleh ambil bilik jenis Studio Room dan keluarga yang besar boleh pilih yang jenis 2 atau 3 bedroom apartment...Kalau nk booking tu jangan lupa request nak view menghadap pool...Baru syiok sikit feeling bercuti tu.

bayou lagoon park resort
2 bedroom apartment

Kalau ada yang outstation kerja ke Melaka tapi bawak satu family ikut sama memang boleh rekemen ler stay kat sini...Korang boleh pergi buat kerja...wife dan anak-anak boleh enjoy kat fasiliti yang ada kat sini...Pasal harga korang boleh chek kat page Traveloka - Bayou Lagoon Park Resort Promotions...Rasanya boleh dapat harga terbaik yang macam dalam iklan TV tu.

Bila dah tengok hampir lengkap kesemua fasiliti yang ada, terpikir pulak nak buat gathering atau Family Day kat sini...Bayou Lagoon Park Resort jugak ada menerima tempahan kalau nak buat aktiviti kat sini..Bukan setakat gathering , nak sewa dewan untuk majlis perkahwinan pun disediakan...Lokasi dah cukup menarik...Tempat pun luas kalau nak buat sukaneka...Dah penat sukan dah penat riadah kita terjun kolam pulak...Happening.

Lepas ni kalau nak ke Melaka tu rasanya dah boleh plan nak chek-in kat sini...Resort ni pun terletak hanya lebih kurang 15 minit dari pusat bandar Melaka..takdek ler jauh sangat kan kalau nak pusing Melaka lepas tu.

Kalau KL ada Sunway Lagoon , Melaka ada Bayou Lagoon Park Resort.

semoga bermanfaat.
Bayou Lagoon Park Resort , mu tuggu aku datang...soon.


Menarik Di Bayou Lagoon Park Resort Menarik Di Bayou Lagoon Park Resort Reviewed by Shark Kay on Wednesday, March 28, 2018 Rating: 5

No comments