Avengers Di GSC Atau MBO

Dah ada ke yang booking tiket Avengers Infinity War untuk tayangan khamis ni..Aku tak sempat lagi nak booking..tengah duk pilih panggung lagi nak tengok kat mana...GSC atau MBO.

avengers infinity war
Avengers

Tengok dekat GSC macam banyak sikit merchandise filem Avengers ni...Antara yang ada aku tengok T-shirt Avengers limited edition , keychain logo Avengers , keychain Infinty Gauntlet dan 1 poster limites edition.

gsc avengers infinity war
T-shirt limited edition | sumber : gsc

gsc avengers infinity war
koleksi keychain Avengers Infinity War | sumber : gsc

Korang juga boleh dapat 3 jenis tumbler yang ada dengan watak supehero Spiderman , Ironman dan Thanos...Nak dapat kesemua koleksi yang ada kena ler beli set combo seperti yang tertera.

gsc avengers infinity war
beli set combo | sumber : gsc

Kalau dekat MBO pulak tak banyak sangat koleksi merchandise..Tapi aku lebih suka dengan set topper (penutup minuman) yang ada dekat MBO..Nampak lagi smart dan menarik...Watak superhero pun lebih dari yang ada di GSC antaranya Spiderman , Ironman , Thanos , Hulk dan Groot..kecewa sikit sebab tak ada Captain America.

mbo avengers infinity war
koleksi penutup minuman MBO | sumber : MBO

Satu lagi yang menarik kat MBO ialah contest yang menawarkan hadiah laptop Acer high spec dengan bertemakan filem Avengers Infinity War...Ada model Iron Man , model Captain America dan model Thanos...Ini kalau betul-betul lucky dengan modal dua tiket wayang boleh dapat hadiah bernilai RM4ribu..phewwww..

mbo avengers infinity war
tonton dan menang laptop

Antara GSC dan MBO mana satu pilihan korang..
Aku memilih MBO.
Sebabnya topper set diorang ada lebih watak hero berbanding di GSC dan nampak lebih smart untuk koleksi..Dan yang paling best hadiah laptop untuk contest tu...Manalah tau kot-kot rezeki tak salah alamat kan.

Selamat Menonton.

Avengers Di GSC Atau MBO Avengers Di GSC Atau MBO Reviewed by Shark Kay on Saturday, April 21, 2018 Rating: 5

1 comment

  1. Dah booking tiket khamis pagi, tengok kat TGV jer. Dpt tiket murah early birds. Hehe, sebab tak minat nk kumpul collection figurine, minat tengok cerita jer.

    ReplyDelete