Perubahan Kereta F1 Musim 2018

Malam tadi sempat aku tonton race F1 yang rasanya dah agak lama aku tak follow up...Kebetulan sementara tunggu motoGP start tengah malam tadi aku layan  ler kejap...Dah lama tak tengok jadi race malam tadi nampak menarik.

f1 musim 2018
F1 musim 2018

Yang paling aku surprise tengok malam tadi rupabentuk kereta F1 dah banyak berubah..Ada tambahan safety pulak dekat bahagian seat driver...Katanya ini dipanggil HALO dan fungsi Halo bertujuan untuk melindungi kepala driver jika berlaku kemalangan.

f1 musim 2018
Halo F1 2018

f1 musim 2018
pemasangan wajib halo F1 2018

Bila dah pasang Halo tu memang nampak lain terus kereta F1...ada jugak beberapa driver tak berapa suka dengan syarat terbaru FIA ni antaranya juara bertahan Lewis Hamilton...Kedudukan kamera on board jugak sangat annoying bagi penonton...Dah tak ada lagi fullview sebaliknya dihalang oleh sistem Halo..Ada jugak yang kata dah nampak macam driver F1 dalam baby walker..hahaha.

camera on board

Satu lagi yang aku perasan tengok F1 malam tadi ialah warna-warna kereta yang colourfull dan smart..Yang paling ketara nampak ialah kereta dari pasukan F1 Force India dengan warna pink.

f1 musim 2018
F1 Force India
Lepas tu kita ada warna oren dari pasukan Mclaren..Warna kuning untuk pasukan Renault...Warna putih dari pasukan Alfa Romeo Sauber dan yang paling smart bagi aku still lagi warna untuk Mercedes Petronas.

f1 musim 2018
F1 Mclarren

f1 musim 2018
F1 Reanult

f1 musim 2018
F1 alfa romeo sauber
f1 musim 2018
F1 Mercedes Petronas

Bila dah lama tinggal lepas tu tengok banyak perubahan pada kereta rasa macam nk layan balik je F1 musim 2018 ni...Tambahan pulak sekarang ni dah ada beberapa litar yang boleh race waktu malam memang jadi best layan macam di Litar Bahrain malam tadi.
Perubahan Kereta F1 Musim 2018 Perubahan Kereta F1 Musim 2018 Reviewed by Shark Kay on Monday, April 09, 2018 Rating: 5

1 comment

  1. menarik.. bagus juga utamakan keselamatan driver tu dgn penggunaan halo

    ReplyDelete