Team Singapura Juara Mobile Legend Malaysia-Singapura

Sedikit kecewa semalam bila tak dapat tengok team Malaysia beraksi di peringkat akhir Liga Profesional Mobile Legend My/Sg (MPL) yang berlangsung tiga hari di One Utama..Tahniah buat team IDNS SG dari Singapura untuk juara sulung MPL MY/SG dan bawa pulang hadiah USD30,000...Kalau dalam RM lebih kurang RM129,000.

mobile legends malaysia
IDNS SG juara MPL 2018 MY/SG

Aku ingat boleh ler tengok dua team Malaysia semalam untuk final...tapi sayang kedua-dua kandas di peringkat semifinal dan final low bracket...Ramai jugak ler peminat Mobile Legends Malaysia semalam kecewa termasuk aku sendiri...Nak tengok final semalam pun excited tu dah kurang sikit.

Malaysia ada dua team yang menjadi faveret dikalangan peminat ML..Salah satunya Team AirAsia Saiyan yang baru sahaja ditaja oleh AirAsia hujung bulan mac yang lalu..Tak sangka Tony fernandes pun berminat nak jadi pemilik salah satu team di Mobile Legend...sebelum dijenamakan semula dengan nama Air Asia,mereka menggunakan nama Team Saiyan dan mereka adalah juara untuk tournamet Mobile Legends MSC tahun lepas...So lepas ni jangan hairan kalau ada tournament ML besar-besar akan ada kelibat pramugari AirAsia..heheh..

mobile legends malaysia
AirAsia Saiyan

Satu lagi team faveret Mobile Legends Malaysia ialah Mysterious Assassin atau Mya...Sama seperti team Saiyan , Mya juga turut menerima tajaan dan akan bernaung di bawah FV Vision yang merupakan salah satu organisai esport terbesar di Malaysia..Selepas ini Mya akan dijenamakan semula dengan nama FV Mya..Semalam mereka berjaya mendapat tempat ketiga untuk MPL2018.

mobile legends malaysia
Team FV Mya

Itu serba sedikit lah cerita dalam arena game Mobile Legends..Selepas beberapa team mendapat tajaan dari syarikat-syarikat besar dah nampak dah sikit kemana hala tuju game Mobile Legends selepas ini.

untuk Liga Profesional Mobile legends musim pertama dah pun tamat...Walaupun kecewa untuk final kedua-dua team adalah dari Singapura,event tiga hari di One Utama boleh dikatakan berjaya...Mungkin tak sehebat dan semeriah  MPL Indonesia tapi bagi aku untuk permulaan di Malaysia sudah dikira memadai.. tak tahu lagi bila atau ada sambungan untuk musim kedua MPL.. harap-harap ada.

Aku dalam Mobile Legends?

mobile legends malaysia
aku dalam Mobile Legends

Kalau ada musim kedua rasanya boleh ler kot aku masuk dengan muka yang tebal..hahahah..Buat masa sekarang ni level aku dalam ML ni masih rendah..Tapi semenjak team Saiyan dan Mya dapat tajaan ni rasa nak semangat sikit main.. manalah tahu kot-kot boleh buat team sendiri pastu bertanding pula kat event-event besar.. hahaha.
Tak salah berangan kan.

Team Singapura Juara Mobile Legend Malaysia-Singapura Team Singapura Juara Mobile Legend Malaysia-Singapura Reviewed by Shark Kay on Monday, April 16, 2018 Rating: 5

3 comments

  1. Aku nak join gak tapi bila pk2x.. ak main dah la asyik kalah menang je.. kejap naik kejap turun. hahahah

    ReplyDelete
  2. wah. bestnyaaa. tp x reti la main ML. HAHA

    ReplyDelete