Berkenan Pulak Dekat Yamaha NMax 2018

Pada awal pengeluaran Skuter Yamaha NMAX sekitar tahun 2016 aku tak berapa minat sangat dengan model ni..tapi semenjak diorang keluarkan warna baru , biru dan matte black untuk model NMAX 2018 , rasa macam dah jatuh cinta pulak.

yamaha nmax
Yamaha NMAX 2018

Sebelum ni aku pernah pasang niat nak beli satu lagi skuter dari yamaha...Tapi bila memikirkan harga dan komitmen rasanya mungkin terpaksa lupakan dulu niat nak beli Yamaha NVX155 yang laku macam goreng pisang panas tu.
Beza harga dua model ni lebih kurang 3ribu..NMAX murah sikit dengan harga RM8ribu berbanding NVX RM11ribu.

Pada awal penjualan NMAX tahun 2016 hanya ada dua warna time tu..Merah dan titanium..dan memang aku tak berkenan warna merah dia..Macam tak kena..Tapi untuk tahun 2018 diorang upgrade warna dengan lebih terang dan pekat..Cantik kali ni terutama warna biru.

yamaha nmax
Yamaha NMAX Biru

Warna matte black pun cantik jugak sebab Yamaha padankan dengan rim warna gold.

yamaha nmax
Yamaha NMAX Matte Black

Skuter ni enjin dia kapasiti 155cc..Walaupun nampak besar tapi tunggangan dia memang selesa..Dan paling penting jimat minyak dan tangki besar..Kalau ride jauh memang sedap ler..

Hajat dihati nk sunting sebijik lepas raya..Tapi masih lagi dalam dilema nak ambil warna apa..Hati ni dah berkenan pada biru tu..Tapi pandang lama-lama kat matte black macam menarik pulak.

Belanja sikit ler gambar-gambar Yamaha NMAx yang sudah dimodifikasi oleh rider-rider NMAX kat Malaysia ni.

yamaha nmax
pasang windshield tinggi
yamaha nmax
not bad warna putih

yamaha nmax
warna matte black 

yamaha nmax
biru itu menawan

Smart tu..Harap-harap dapat ler aku beli sebijik lepas raya nanti.

Berkenan Pulak Dekat Yamaha NMax 2018 Berkenan Pulak Dekat Yamaha NMax 2018 Reviewed by Shark Kay on Monday, June 11, 2018 Rating: 5

2 comments