Suku Akhir World Cup 2018,Dimana Pasukan Faverat

Selepas Jerman balik awal di peringkat kumpulan, lepas satu-satu pasukan handalan bolasepak dunia kandas di peringkat 16 terbaik..Kini tinggal lapan pasukan terbaik akan bersaing di peringkat suku akhir World Cup 2018

world cup 2018
peringkat suku akhir world cuo 2018

Antara lapan tu ada tak pasukan korang...Aku rasa banyak yang terkandas di peringkat kalah mati baru-baru ni...Antaranya peminat-peminat Portugal , Argentina dan Spain.

Nampak gaya hasrat tak tercapai nak
tengok Final World Cup 2018 antara Belgium dan Spain kali ni...Boleh pulak Spain kalah di tangan pasukan tuan rumah Rusia..Ini antara satu kelebihan kalau bermain di tempat sendiri..Kalau Malaysia jadi tuan rumah rasanya boleh jadi jugak kan pasukan Harimau Malaya kita kalahkan pasukan Ronado mahupun Messi..

Hanya ada 2 perlawanan yang menarik untuk ditonton diperingkat suku akhir nanti...Perlawanan pertama France menentang Uruguay...Perlawanan kedua Brazil menentang Belgium.

world cup 2018
Belgium

Aku masih menyasarkan Belgium akan ke Final..Atas kertas England nampak mudah je ke Final kecuali kena menentang pasukan tuan rumah di peringkat separuh akhir..Belgium pula kena menentang pelakon terbaik , Neymar awal pagi sabtu nanti.

Suku Akhir World Cup dijadualkan pada 6 hingga 8 Jun nanti..Lebih banyak drama dan aksi..Lebih banyak jugak jajan kena standby kat rumah.hehehe.

Selamat Menonton.

Suku Akhir World Cup 2018,Dimana Pasukan Faverat Suku Akhir World Cup 2018,Dimana Pasukan Faverat Reviewed by Shark Kay on Wednesday, July 04, 2018 Rating: 5

1 comment

  1. mungkinkah suarez akan membuat kontroversi saat2 akhir..? haha

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete