Syed Saddiq Menteri Belia Dan Sukan Yang Baru

Selepas lama berteka teki akhirnya terjawab sudah siapa Menteri Belia Dan Sukan yang baru..Tahniah buat Ahli Parlimen Muar , Syed Saddiq Abdul Rahman..Baru berumur 26 tahun dan mencatat sejarah apabila menjadi menteri penuh termuda di Malaysia.

kabinet kerajaan pakatan harapan
Menteri Belia Dan Sukan 2018

Katanya rekod sebelum ni dipegang oleh bekas PM kita , Najib Razak  yang ketika itu berumur 25 tahun dan menjawat jawatan Timbalan Menteri Tenaga Dan Telekomunikasi ( sumber : Hmetro)..Nampak gaya hilang lagi sejarah bekas PM kita sorang tu.

Syed Saddiq angkat sumpah menteri

Masih terlalu awal nak mengukur kemampuan Syed Saddiq dalam arena sukan...Berani atau tidak dia melawan kehendak badan FAM,BAM,Sepak Takraw Malaysia yang bagi aku mempunyai orang-orang atasan yang degil dan tegas..berani atau tidak dia buat perubahan yang telah dibuat oleh orang-orang lama dalam jawatan sukan...Cabaran besar buat Syed Saddiq.

Apa-apa pun aku mengharapkan yang terbaik buat beliau.

Kalau YB KJ dulu dapat gelaran "abah" sewaktu jawat jawatan yang sama , korang rasa apa pulak gelaran yang bakal Syed Saddiq ni dapat pulak..Sebelum ni beliau memang popular dikalangan kaum wanita sampai yang ada pecah ovari katanya..Bila dah masuk arena sukan ni makanya bertambah ramai ler peminat sukan wanita selepas ni agaknya.

Syed Saddiq Menteri Belia Dan Sukan Yang Baru Syed Saddiq Menteri Belia Dan Sukan Yang Baru Reviewed by Shark Kay on Monday, July 02, 2018 Rating: 5

6 comments

  1. Moga terus melangkah jauh arena sukan di negara kita.

    ReplyDelete
  2. hai shark :)
    baru kuar Uni, terus involve politik and now a Menteri.
    ni la sesuatu yg patut dicontohi anak muda skang.
    ada wawasan.
    satu contoh yg jelas dan terbaik :)
    aida sgt bangga. sebab YB ni law students from UIAM.
    sealiran dan seUni :) bangga...

    ReplyDelete
  3. semoga akan ada penambahbaikan utk arena sukan negara kita

    ReplyDelete
  4. yang pecah ovari tu agak2 ada ovari lagi tak? huhu.

    semoga berkhidmat dengan telus dan berdedikasi utk YB Syed Saddiq.

    ReplyDelete
  5. Hebat anak muda seperti beliau. Tahniah!

    ReplyDelete
  6. Masuk sekolah dimulai pada hari senin tanggal 16 Juli tahun 2018 dan berakhir pada 21 juni 2019
    click here

    ReplyDelete